| Mempunyai keyakinan pada diri sendiri | ||
| 1. | Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang | |
| 2. | Perlu yakin dan berani, "Anda boleh sebab anda berani" | |
| Memiliki sifat penyabar | ||
| 1. | Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya. | |
| 2. | Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan. | |
| Memperuntukkan masa | ||
| 1. | Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. | |
| 2. | Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang. | |
| Mempunyai kemahuan | ||
| 1. | Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan | |
| 2. | Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan. | |
| Berkerja dengan bijak | ||
| 1. | Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya. | |
| 2. | Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan! | |
| Membina imej professional | ||
| 1. | Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna | |
| Bersedia untuk menyukai orang | ||
| 1. | Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda. | |
| 2. | Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa. | |
| Menjadi peramah dan cepat mesra | ||
| 1. | Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut | |
| 2. | Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai. | |
| Bersedia untuk belajar dan mengajar | ||
| 1. | Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran. | |
| 2. | Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda. | |
| 3. | Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda. | |
| Menyediakan bahan asas | ||
| Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan: | ||
| 1. | Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada. | |
| 2. | Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan | |
| 3. | Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna. | |
Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran | ||







0 comments:
Post a Comment
Thank you for visiting our site, we will reply your comment at soonest possible (if any)