Kopi Bukan Sebarangan Kopi, Minum Secawan Nak Dua Cawan, Kongsi dengan Kawan Boleh Jadi Jutawan, Nak Tau Caranya Isi Borang Daftar Sekarang

Daftar Online

Untuk Pendaftaran terus secara Online sila klik butang di bawah ini, dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila isi Borang Pra Pendaftaran. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin
DAFTAR ONLINE SEKARANG

Thursday, February 11, 2016

Memandu Uber Lebih Baik Kata Bekas Pemandu Teksi

Bekas pemandu teksi yang hidup sempit di bawah syarikat teksi mencari alternatif lain untuk menyara hidup, dan Uber merupakan pilihan yang lumayan bagi mereka.– Gambar The Malaysian Insider, 5 April, 2015.Bekas pemandu teksi yang hidup sempit di bawah syarikat teksi mencari alternatif lain untuk menyara hidup, dan Uber merupakan pilihan yang lumayan bagi mereka.– Gambar The Malaysian Insider, 5 April, 2015.
Aduan pemandu teksi merupakan bahan cerita biasa bagi penumpang yang berbual dengan pemandu mereka – cerita seperti waktu kerja yang panjang, gaji rendah dan peraturan ketat bagi memandu teksi syarikat.
Peraturan ini mendesak beberapa bekas pemandu untuk mencari kerja yang menawarkan bayaran lebih baik seperti Über, kerana memandu untuk rangkaian aplikasi telefon bimbit itu boleh meningkatkan gaji bulanan mereka lebih RM1,000 tanpa tekanan dan ketegangan bekerja untuk syarikat teksi, kata pemandu Uber.

Dengan syarikat teksi, mereka perlu membayar antara RM50 ke RM65 setiap hari hanya untuk permit, bergantung kepada syarikatnya, tidak kiralah jika mereka sakit dan tidak bekerja pada hari itu.

Selain itu, sukar bagi pemandu teksi untuk mendapatkan permit individu, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada syarikat teksi untuk meneruskan pekerjaan, kata beberapa bekas pemandu teksi kepada The Malaysian Insider.

Bekas ahli Persatuan Makkal Communication Taxi Drivers Sivasangaran Sivadass, 42, berkata permit teksi terus didominasi syarikat teksi walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah membenarkan permit individu beberapa tahun lalu.

Terikat dengan syarikat, dia berkata berasa terpaksa untuk bekerja 12 jam sehari untuk memperoleh pendapatan yang cukup bagi membayar permit sewa dan penyelenggaraan bulanan.

“Kita hanya boleh mendapat sekitar RM120 ke RM150 sehari kerana saya di bawah jenis ‘sewa’, saya perlu bayar permit sewa RM50 sehari kepada syarikat,” katanya.

“Setiap bulan kita perlu ketepikan RM2,000 hanya untuk teksi. RM1,500 untuk sewa permit dan RM500 untuk penyelenggaraan kereta.”

Jika dia mempunyai permit untuk teksi sendiri, belanja bulanannya akan berpurata lebih rendah lagi antara RM700 ke RM1,000, meninggalkan sedikit sahaja baki untuk belanja keluarganya.

Sivasangaran berkata, walaupun syarikat teksi di mana dia bekerja akan menanggung kos cukai jalan dan insurans kenderaan, dia perlu menggunakan wang sendiri sekiranya terlibat dalam kemalangan.

“Syarikat akan meminta kita bayar dahulu, dan minta kita claim kemudian, tetapi anda tahulah apa akan jadi bila kita hendak claim,” katanya dan menambah amat sukar untuk mendapatkan wangnya kembali.

Bagi 3 insiden di mana dia terlibat kemalangan, Sivasangaran berkata dia meminjam wang dari “ah long” kerana tidak mempunyai simpanan langsung.

R Silvarajoo berkata bekerja di bawah Uber membenarkannya membuat perubahan kecil yang penting dalam perbelanjaannya bagi keluarganya. – Gambar The Malaysian Insider, 5 April, 2015.R Silvarajoo berkata bekerja di bawah Uber membenarkannya membuat perubahan kecil yang penting dalam perbelanjaannya bagi keluarganya. – Gambar The Malaysian Insider, 5 April, 2015.
R Silvarajoo, 60, yang memandu teksi selama 16 tahun berkata, dia hanya dapat membawa pulang RM1,120 ke RM1,200 untuk 6 ahli keluarganya. Jumlahnya akan kurang lagi sekiranya dia terlibat dalam kemalangan.

RM150 yang diperolehinya setiap hari akan digunakan untuk sewa permit sebanyak RM55, minyak (RM44), makanan sendiri (RM11), meninggalkan RM40 untuk keluarganya.

“Saya hampir tiada simpanan wang.

“Saya juga perlu membayar RM1,650 setiap bulan kepada syarikat untuk 5 tahun supaya dapat memiliki teksi selepas tempoh tersebut, dan saya perlu menanggung kos penyelenggaraan.

“Mereka memperbaharui cukai jalan dan insurans, tetapi semakan setiap 6 bulan di Puspakom juga saya bayar,” kata Silvarajoo yang tinggal di Bukit Beruntung, Rawang, tetapi bekerja di Kuala Lumpur.

Lebih pendapatan untuk kurang tekanan

Menyertai Über sebelum Krismas tahun lepas, Sivasangaran berkata di bawah peraturan Uber, untuk membuat 70 perjalanan setiap minggu, mereka boleh memperoleh sekurang-kurangnya RM800 dalam tempoh itu.

30% yang dipotong Uber untuk sewa kereta, dan kadar sewa berubah-ubah setiap minggu bergantung kepada jumlah perjalanan seorang pemandu serta kadar setiap perjalanan. Uber menetapkan kadarnya mengikut waktu puncak dan tidak puncak.

Sivasangaran berkata apabila sewa dipotong daripada pendapatan, yuran tersebut pergi ke syarikat sewa rakan Uber. Insurans kereta dan cukai jalan juga dilakukan mengikut cara ini.

Selain sewa yang lebih rendah daripada kadar harian dibayar kepada syarikat teksi, Sivasangaran berkata dia hanya perlu ketepikan RM300 untuk minyak.

Pendapatannya disalurkan ke akaun banknya setiap minggu dan dia boleh membawa pulang sekitar RM500 untuk keluarga dan simpanannya.

Silvarajoo berkata memandu untuk Uber membenarkannya membawa pulang gaji bersih RM3,800 ke RM4,000 sebulan, sebelum menolak RM300 setiap minggu untuk minyak dan yuran sewa.

Dia berkata ini membenarkannya membuat perubahan kecil tetapi penting dalam perbelanjaan keluarganya, seperti membeli kasut yang berkualiti lebih baik bagi anak lelakinya.

“Dalam seminggu, saya boleh dapat antara RM800 - RM1,000. Baru-baru ini, kasut anak saya haus. Dia selalunya memakai kasut RM20, tetapi kali ini saya dapat membeli sepasang yang berharga RM39.”

Seorang lagi bekas pemandu teksi yang menjadi pemandu Uber, Yusof, 50, berkata di bawah Uber dia dapat memperoleh gaji bersih sekitar RM4,000 ke RM4,200 sebulan, kerana ia bergantung sama ada pemandu ingin bekerja keras dan lebih lama.

“Walaupun sebelum ini semasa saya memandu teksi, saya kadang kala dapat pendapatan bersih RM5,000 hingga RM6,000. Ia lumayan tetapi risiko juga tinggi.

“Jika dalam sebulan teksi saya rosak 2 atau 3 kali, apa yang saya peroleh tidak akan mengubah apa-apa. Kita boleh berpendapatan lebih besar tetapi juga banyak masalah,” katanya.
Waktu bekerja yang lebih fleksibel juga antara perkara yang dinikmati bekas pemandu teksi di bawah Uber, kata Yusof. 
 “Saya boleh pulang ke kampung dengan keluarga saya semasa cuti Tahun Baru Cina sebelum ini selama 4 hari. Selepas itu saya bekerja keras untuk mengganti hari yang saya ambil cuti. Terdapat kebebasan dalam jadual kerja kami,” katanya.
Sivasangaran berkata Uber juga melatih pemandu mereka supaya lebih sopan apabila berunding dengan penumpang kerana mereka boleh menilai pemandu mereka. 
Sistem tersebut menggalakkan pemandu menyimpan skor yang tinggi dan secara langsungnya tentang pekerjaan mereka, sementara itu membantu Uber mengekalkan kualiti mereka. 
Silvarajoo juga berkata dia berasa lebih selamat semasa bekerja, menceritakan pengalamannya sebagai pemandu teksi yang dirompak penumpang yang menyamar sebagai pegawai SPAD. 
“Saya tidak lagi rasa takut memandu pada waktu malam, kerana penumpang perlu mendaftar dengan Uber. Jika penumpang tersebut menimbulkan masalah, atau mabuk dan merokok di dalam kereta, kita boleh nilai mereka juga,” katanya, merujuk kepada salah satu sistem rangkaian tersebut yang membolehkan pemandu menilai penumpang mereka. 
Ayah kepada 4 orang anak itu juga berkata dia mula mampu membayar semula hutang, malah dapat merancang untuk bercuti pada hujung tahun daripada simpanan wangnya selepas menyertai Uber. 
Masih belum diketahui jumlah pemandu Uber Malaysia merupakan bekas pemandu teksi, dan pertanyaan kepada syarikat tersebut masih belum dijawab. 
Namun lebih membimbangkan bagi pemandu teksi ialah Uber merosakkan gaya hidup mereka, kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) Datuk Mohd Alias tahun lepas, apabila menyeru SPAD mengambil tindakan terhadap Uber. – 5 April, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/memandu-uber-lebih-baik-kata-bekas-pemandu-teksi#sthash.nhs6Wtcb.dpuf
___________________________________________________________________________________

Duit part time mudah sebagai pemandu UBER, RM700/ 

1000/ 2000 seminggu, bergantung kepada anda, anda yang 

tentukan.

Daftar sebagai pemandu UBER sekarang, tiada sebarang 

bayaran dikenakan, malah anda akan di beri duit petrol 

tambahan sebanyak RM20 selepas 20 trip pertama.

Daftar sekarang             di sini.  Terima kasih.