Kopi Bukan Sebarangan Kopi, Minum Secawan Nak Dua Cawan, Kongsi dengan Kawan Boleh Jadi Jutawan, Nak Tau Caranya Isi Borang Daftar Sekarang

Daftar Online

Untuk Pendaftaran terus secara Online sila klik butang di bawah ini, dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila isi Borang Pra Pendaftaran. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin
DAFTAR ONLINE SEKARANG

Friday, June 22, 2012

Tip Kejayaan dalam Perniagaan Network Marketing 2






 
Untuk memajukan diri dalam perniagaan MLM, setiap individu itu harus mempunyai pengetahuan didalam elemen-elemen penting berikut:

Menjual 
Menjual merupakan elemen utama dalam sebarang bentuk perniagaan. Perniagaaan yang berteraskan penjualan akan bertahan lama dari yang mementingkan penajaan. Pada peringkat awal, anda perlulah menguntukkan sekurang-kurangnya 80% dari masa anda untuk jualan dan selebihnya untuk menaja dan membina kumpulan. Dari prospek jualan seterusnya akan mewujudkan peluang anda untuk menaja dan mengembangkan perniagaan anda. Untuk memulakan jualan, terdapat beberapa persediaan yang perlu anda amati :
  
  
Persediaan
1.
Mempunyai sikap sabar dan jujur
2.
Menjadikan konsep menjual diri sendiri (diri sebagai contoh) sebelum menjual produk.
3.
Jangan berprasangka sesuatu terhadap prospek sebelum mencuba
4.
Bersemangat kesederhanaan dan tabah dari wajah dan gerak geri.
5.
Menyediakan alat-alat penting bersama anda (pen, borang, kertas, produk sampel, brosur dan flyer tentang perniagaan anda, produk, artikel dll)
  
Memulakan Jualan
1.
Mulakan menjual kepada kenalan rapat, kawan, keluarga dan saudara mara
2.
Lakukan secara informal dengan intonasi suara yang relax, tidak menekan, jangan terlalu laju atau pun perlahan dan sentiasa memberikan senyuman.
3.
Jangan mendesak tapi menggalakkan.
4.
Mencari timing yang sesuai
5.
Timbulkan minat kepada prospek kerana anda menjual sesuatu untuk seseorang dan bukannya kepada seseorang. Fikirkan bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluannya.
  
Teknik
1.
Dapatkan perhatian prospek untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang produk anda.
2.
Buatkan pembeli merasakan mereka penting dengan mendengarkan keperluan mereka.
3.
Jangan potong cakap. Tunjukkan minat, pandang ke mata mereka (fokus) supaya mereka merasakan diberi perhatian dan posisi badan ditundukkan ke hadapan ke arah pembeli supaya wujud rasa mesra dan tidak asing.
4.
Menanamkan minat pembeli. Memberi sebab, sebab dan sebab (produk berkualiti, harga kompetitif,boleh menghubungi anda bila perlu, bersedia memberi servis, bersedia membantu dan menyokong selepas jualan).
5.
Menerangkan faedah, faedah dan faedah. Tukarkan kelebihan produk kepada faedah.
~ Contoh PGPV mengandungi Beta carotene(kelebihan) sementara faedahnya ialah dapat mengurangkan risiko kanser, salurdarah tersumbat dan melewatkan penuaan ~
6.
Memberikan keyakinan pada pembeli spt memberikan jaminan produk boleh dikembalikan jika tidak berpuas hati.
7.
Membayangkan kerugian jika tidak membeli.
8.
Menambahkan keinginan untuk membeli sekarang di samping memberi peluang pembeli untuk menyoal perkara yang tidak faham.
9.
Menutup jualan.
  
Mengatasi penolakkan
1.
Selalu timbul di atas sebab penerangan dan kefahaman yang diberikan tidak jelas
2.
Berikan semula faedah di samping membuatkan pembeli merasa penting dan di hormati.
3.
Jangan sesekali mendesak.
  
 Konsep cuba dulu, baru tahu.
   
 
Menaja 
Proses penajaan adalah perlu untuk mengembangkan perniagaan dan network anda. Penajaan yang ditekankan di sini ialah penajaan berkualiti dan bukannya kuantiti. Anda perlulah memastikan bakal tajaan anda itu menjadi ahli di atas minatnya sendiri (bukan paksaan) kerana tertarik dengan penerangan anda yang jelas. Dan seterusnya membimbing mereka supaya dapat meniru anda.
  
  
Prospek tajaan
Orang yang suka bekerja keras dan tidak kenal erti kegagalan.
Orang yang mempunyai matlamat hidup
Berminat untuk belajar dan memajukan diri.
Suka bertanding dan memastikan kemenangan.
Suka bergaul dan sosial.
Boleh mengajar dan memiliki sifat kepimpinan.
Yang mempunyai rekod baik dalam bidang yang lain
  
Menaja
Pembuka kata dan cuba dapatkan ya (persetujuan)
Penerangan tentang produk dan memberi sampel jika perlu
Penerangan tentang peluang perniagaan (bagaimana utk mendapatkan wang dan imbuhan)
Penerangan tentang syarikat (kekukuhan dan keunikkan syarikat)
Penerangan tentang MLM dan faedahnya
Memberi keyakinan (latihan disediakan oleh syarikat, bergerak dalam satu pasukan dll)
Menceritakan tentang orang yang berjaya dalam MLM
Menutup dengan menyimpulkan dengan ayat membina
Mengendalikan penolakan
   
 Memberi Servis 
Sama ada anda menjual ataupun menaja, perkara yang perlu disusuli ialah membuat follow up. Ini akan memberi satu kepuasan kepada pembeli atau rakan tajaan anda supaya terus membeli atau mengembangkan tajaan di bawah rangkaian anda. Di ketika ini juga anda perlu membuat pembahagian prospek yang ada samada akan terus menjadi pembeli atau bakal menjadi tajaan. Follow up perlulah di buat dalam masa 3 hingga 7 hari.
  
  
Selepas jualan
 
Menghantar produk ke rumah dan mengucapkan terimakasih (ataupun nota terimakasih dan cara menghubungi anda). Memastikan teknik menggunakan produk yang betul. Membuka ruang untuk menyelesaikan masalah dan pertanyaan. Memperkenalkan produk baru di samping repeat sale yang ada. Menaja jika berpotensi atau jika perlukan harga yang murah.
Menawarkan diri untuk membuat demo di premisnya.
  
Selepas penajaan
 
Menyelesaikan masalah atau perkara yang tidak difahami. Menerangkan cara untuk berjaya dalam MLM. Kenalkan stokis berhampiran dan cara untuk berurusan (seperti mendapatkan borang, mengisi borang ahli, mendapatkan starter kit dll) seterusnya memberi bimbingan untuk membuat demo
   
 
Membina KumpulanKejayaan dalam MLM adalah sebenarnya kejayaan dalam membina kumpulan. Setelah beberapa lama anda aktif menjual, konsentrasi anda seterusnya perlu di alih kepada melatih dan membina kumpulan yang mungkin mengambil 80% dari masa anda. Membina kumpulan juga samalah dengan membina manusia yang menyerupai anda yang seterusnya akan melakukan sepertimana anda lakukan. Proses duplikasi inilah yang akan menentukan kejayaan sesuatu pemimpin.
  
  
Memberi contoh yang baik kepada kumpulan anda (role model)
Mengenalpasti bakat pemimpin tajaan anda
Melatih pemimpin dan kumpulannya mengenai selok belok perniagaan.
Mengenali sehingga ke 4 generasi anda.
Membina tali persaudaraan yang rapat.
Sentiasa memberikan perangsang dan kata-kata pujian
Mewujudkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap produk dan syarikat.
Jangan terlalu menjadi hero, latih mereka supaya berdikari untuk mengendalikan perniagaan ataupun kumpulan sendiri.
Dalam melaksanakan ini, jangan sesekali mengarah tapi pimpinlah kumpulan

Tip Kejayaan dalam Perniagaan Network Marketing 1


Mempunyai keyakinan pada diri sendiri
1.Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang
2.Perlu yakin dan berani, "Anda boleh sebab anda berani"
Memiliki sifat penyabar
1.Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya.
2.Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.
Memperuntukkan masa
1.Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.
2.Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.
Mempunyai kemahuan
1.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
2.Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.
Berkerja dengan bijak
1.Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya.
2.Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!
Membina imej professional
1.Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna
Bersedia untuk menyukai orang
1.Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda.
2.Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.
Menjadi peramah dan cepat mesra
1.Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut
2.Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.
Bersedia untuk belajar dan mengajar
1.Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran.
2.Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda.
3.Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.
Menyediakan bahan asas
Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:
1.Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada.
2.Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan
3.Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna.
Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran

Thursday, June 21, 2012

Pelan Ganjaran



Ringkasan pelan pemasaran Organo Gold :

1) Keuntungan Runcit ( 50%) (Beli Harga Pemborong-Jual pada harga runcit)
2) FIRST ORDER  Bonus (Dapat kan bonus RM50-RM350 BAGI SETIAP PAKEJ)
3) TEAM BONUS-
4) Uni-Level Bonus
5) Uni-Level Matching Bonus
6) Leadership Bonus
7) Global Pool

Keseluruhan payout hampir 80%


Kemudahan perniagaan.
1) Virtual Office
2) Replika website untuk pemasaran melalui internet
2) Kit Perniagaan
3) Risalah/Borang/Brochures
4) Pelbagai sampel produk


“It’s Simple, It’s Easy, It’s Coffee”

Sunday, June 17, 2012

Organo Gold Business Preview

Organo Gold Business Preview


Centre OG Success Team akan mengadakan Business Preview nya yang pertama bertempat di Wangsa Melawati 


Tarikh: Isnin 18 Jun 2011  Jam 8.45pm. 


Hubungi kami segera untuk pengesahan" 


Sila sms nama dan No HP anda ke 012-4031826




Untuk melihat lokasi di Google Map sila klik DI SINI

Friday, June 15, 2012

Kopi Panjangkan Umur


Keratan Akhbar Harian Metro Isnin 11/5/12 m/s H11 dan H12


SALAH satu kemanisan dalam hidup, kini semakin ‘manis’. Selepas bertahun-tahun penyelidik menjalankan kajian ke atas kesan kopi pada kesihatan, sehingga ada yang bimbang minuman kegemaran dunia ini mungkin boleh meningkatkan risiko sakit jantung, tetapi kajian besar-besaran menunjukkan keputusan sebaliknya.
Peminum kopi didapati mempunyai jangka hayat yang lebih panjang tidak kira sama ada kopi tanpa kafein atau mengandungi kafein.
Kajian ke atas 400,000 orang adalah antara kajian terbesar yang pernah dijalankan setakat ini mengenai isu kopi dan kesihatan. Keputusan ini pasti menggembirakan peminum kopi yang selama ini mengenepikan rasa bersalah kerana mahu menikmati minuman kegemaran mereka.
“Hasil penyelidikan kami mendapati kopi tidak memberi kesan buruk kepada badan bahkan ia memberi manfaat kepada peminum kopi,” kata Ketua Penyelidik Institut Kanser Nasional (NCI), Neal Freedman.
Bagaimana dan mengapa, tiada siapa yang tahu. Kopi mengandungi beribu-ribu benda yang boleh memberi kesan kepada kesihatan, daripada bahan antioksidan bermanfaat hinggalah kepada bahan yang dikaitkan dengan kanser. Kafein, bahan dalam kopi yang paling banyak dikaji - tidak memainkan peranan penting dalam keputusan kajian terbaru ini.
Namun, bukanlah bermakna kajian terdahulu semuanya salah. Memang ada bukti bahawa kopi boleh meningkatkan tahap kolesterol buruk atau kolesterol berketumpatan rendah (LDL) dan tekanan darah dalam jangka masa pendek yang seterusnya menaikkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.
Malah dalam kajian terbaru ini, pada mulanya didapati peminum kopi lebih cenderung untuk meninggal dunia pada bila-bila masa. Ini kerana ramai peminum kopi juga merokok, minum banyak alkohol, makan banyak daging merah dan kurang bersenam berbanding bukan peminum kopi.
Namun, sebaik penyelidik mengambil kira semua perkara ini, satu pola yang jelas muncul: Satu cawan kopi sehari meningkatkan peluang hidup lebih lama.
Kajian ini dijalankan oleh Institut Kesihatan Nasional dan AARP, organisasi yang memberi sokongan kepada warga emas berumur 50 tahun dan ke atas. Keputusan kajian disiarkan dalam Jurnal Perubatan New England, baru-baru ini.
Pun begitu jangan ada yang salah sangka, keputusan kajian ini bukanlah bukti bahawa kopi boleh memanjangkan hayat seseorang, tetapi ia kelihatan seperti ada kaitan. Seperti kebanyakan kajian lain mengenai pemakanan dan kesihatan, kajian ini hanya berdasarkan pemerhatian ke atas tabiat orang dan kesannya ke atas kesihatan. Jadi ia tidak boleh dijadikan bukti sebab dan akibat (kepada tahap kesihatan peminum kopi).
Namun, jumlah responden (peserta kajian) yang sangat ramai itu dengan susulan lebih 10 tahun dan mempunyai cukup jumlah kematian untuk dijadikan perbandingan, kajian ini mungkin ‘bukti terbaik’ setakat ini mengenai manfaat meminum kopi, kata Dr Frank Hu daripada Unit Pengajian Kesihatan Awam Harvard. Walaupun dia tidak mempunyai tugas khas dalam kajian ini, Dr Hu banyak membantu dalam kajian terdahulu yang menemui khasiat kopi.
Kajian terbaru ini bermula pada 1995 dan membabitkan ahli AARP berumur antara 50 hingga 71 tahun di California, Florida, Louisiana, New Jersey, Carolina Utara, Pennsylvania, Atlanta dan Detroit.
Ahli yang menghidap penyakit jantung, pernah mendapat serangan strok atau kanser dikeluarkan daripada kajian ini. Begitu juga dengan orang tua yang mengamalkan pemakanan ekstrem seperti mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit kalori dalam sehari.
Pada peringkat awal kajian, peserta turut memberi maklumat minum kopi. Tabiat minum kopi kebanyakan orang agak konsisten sepanjang hayat, jadi tiada masalah besar dalam mendapatkan data bagi kajian ini.
Daripada 402,260 peserta kajian, 42,000 orang tidak minum kopi. Kira-kira 15,000 orang minum enam cawan kopi sehari atau lebih. Kebanyakannya minum dua atau tiga cawan kopi sehari.
Pada 2008, seramai 52,000 peserta meninggal dunia. Berbanding peserta yang tidak minum kopi, lelaki yang minum dua atau tiga cawan kopi sehari mempunyai kebarangkalian 10 peratus lebih rendah meninggal dunia dan 13 peratus di kalangan wanita.
Malah, secawan kopi sehari dikatakan sudah cukup untuk merendahkan risiko: enam peratus bagi lelaki dan lima peratus bagi wanita. Namun, kesan paling besar dilihat pada wanita yang minum empat atau lima cawan kopi sehari - yang menunjukkan pengurangan risiko kematian sebanyak 16 peratus.
Pun begitu, penyelidik tidak tahu berapa lama jangka hayat yang boleh dipanjangkan dengan meminum kopi.
“Saya tidak boleh mengira tempoh ini,” kata Freedman.
Ini kerana peminum kopi juga ramai yang merokok dan tabiat ini menjadi faktor utama yang boleh menjejaskan jangka hayat seseorang pada semua peringkat umur.
Pun begitu, kajian ini mendapati peminum kopi kurang cenderung untuk mati akibat penyakit jantung atau saluran pernafasan, strok, kencing manis, kecederaan, kemalangan atau jangkitan. Tiada kesan dilihat pada risiko kematian akibat kanser.
Kajian lain mengaitkan minum kopi dengan paras penanda untuk keradangan dan rintangan terhadap insulin yang lebih rendah. Malah, penyelidik juga mempertimbangkan orang yang ada masalah kesihatan mungkin mengelak daripada minum kopi dan sama ada tindakan itu boleh menyebabkan keputusan kurang tepat. Untuk mengelakkan masalah ini, mereka yang ada masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kanser (penyakit yang paling lazim) tidak diambil untuk menyertai kajian berkenaan.
Kira-kira dua pertiga peserta kajian minum kopi biasa dan satu pertiga mengambil kopi tanpa kafein. Didapati jenis kopi tidak memberikan sebarang perbezaan pada keputusan. Manfaat minum kopi dilihat sangat tinggi pada individu yang sihat ketika kajian dimulakan.
Walaupun kopi ada manfaatnya, Dr Hu tetap memberikan beberapa peringatan kepada peminum kopi iaitu:
* Jaga jumlah gula yang dan krim yang dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda ini. Kalori dan lemak boleh
   menenggelamkan manfaat kopi.
* Minum kopi bertapis kerana komponen yang boleh meninggikan paras LDL sudah dikeluarkan.
   Buat masa ini, kajian hanya dilakukan ke atas kopi, tetapi penyelidik bercadang untuk menjalankan pemerhatian yang  
   sama ke atas peminum teh, soda dan minuman lain pada masa akan datang. - AP

Thursday, June 14, 2012

Seminar Usahawan Kopi di Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seminar Usahawan Kopi Organo Gold akan diadakan di Melaka pada masa dan tarikh seperti berikut:

Tartikh: 14 Jun 2012 Khamis
Jam: 8.30 malam
Tempat:  Hotal Grand Continental, Jalan Tun Sri Lanang Melaka

Semua warga Melaka yang berminat untuk menjadi usahawan kopi dijemput hadir untuk mendengar peluang serta faedah-faedah yang akan disampaikan melalui Seminar ini.

Organo Gold merupakan satu jenama kopi organic terkenal bertaraf antarabangsa yang telah terbukti melahirkan ramai usahawan-usahawan berjaya bahkan sebahagian besarnya telah bergelar jutawandi peringkat antarabangsa.

Organo Gold kini telah membuka cawangannya di Malaysia pada 1 Jun lalu. Maka inilah peluang terbaik untuk anda semua merebut peluang terbaik ini untuk sama-sama berjaya.

Keterangan lanjut dan pengesahan kehadiran sila hubungi atau pihak penganjur di talian 012-9002301

Terima kasih.
Admin.

Wednesday, June 13, 2012

Peluang hebat terkini untuk seluruh rakyat Malaysia


Peluang terkini untuk seluruh rakyat Malaysia yang menginginkan kebebasan masa dan kewangan serta kesihatan yang lebih baik secara santai.
Organo Gold Inc, pegeluar produk 'Healthy Coffee' premium nombor 1 di dunia, sebuah syarikat MLM dari Canada kini telah tiba secara rasminya di Malaysia. Sebuah syarikat yang mengejutkan dunia MLM global dari segi pencapaian jualan serta pencapaian pengedar bebas yang amat menakjubkan walau baru ditubuhkan pada 2008.


Organo Gold diramalkan bakal mewarnai Industri MLM di Malaysia dan akan mengatasi syarikat-syarikat hebat sebelumnya.




Ianya mudah,senang dan hanya Kopi. Sudah tentu lebih mudah diduplikasi bukan.
  • Produk santai bermutu tinggi dengan 'Ganoderma Organik'.
  • Kopi secara semulajadi ialah keperluan.Sebahagian besar penduduk dunia meminum kopi.
  • Ianya ialah minuman ke-2 diambil oleh setiap orang selepas air.
  • Ianya menjadi komoditi kedua terbesar didagangkan di Pasaran Hadapan selepas minyak.
  • Ianya sesuatu yang diminum tanpa perlu disuruh atau dipaksa.
Apakah ayat paling 'power' atau popular digunakan bila mengajak kawan ke restoran/warung setiap pagi, petang atau malam? Fikirkan..




'Change your Coffee, Change your Life'

<

Tuesday, June 12, 2012

The Parable of the Pipeline

Kisah Pengajaran Dari Saluran Paip
by: Burke Hedges
Buku ini telah mengubah kehidupan saya dan telah mengubah kehidupan berjuta manusia di seluruh duinia.
Apa yang hebatnya buku ini?
Buku ini hanya menceritakan kisah dua orang pemuda yang kerjanya menjadi pengangkut air untuk kegunaan penduduk di kampungnya. seorang mengangkut air menggunakan baldi dan seorang lagi membina saluran paip untuk mengalirkan air ke kampungnya.

Yang mana lagi mudah?

Malangnya kebanyakkan daripada kita sekarang ini tidak menyedari ada jalan yang lebih mudah untuk dilalui daripada apa yang dia  ada sekarang.
Tetapi lebih amat malang lagi ada ramai manusia yang nampak jalan mudah ini tetapi mahu memilikinya dengan jalan mudah, maka mudahlah dirinya ditipu oleh orang lain.

Kalau kita melalui Tasik Titiwangsa menghala ke jalan Tun Razak, kita akan melalui sebuah Sekolah disitu yang saya tidak ingat namanya. Di dinding sekolah tersebut terpampang tulisan " TIADA KESENANGAN TANPA KESUSAHAN" tulisan itu sentiasa terpahat di hati saya sehingga kini.

Jadi untuk memiliki saluran paip bukanlah perkara mudah tetapi bukanlah susah sangat kerana ianya bukan perkara mustahil. Bahkan kalau kita ingi memiliki Neelofa sekalipun walaupun agak mustahil tatapi kalau kena gaya dan usaha ianya tidaklah mustahil sangat.

Berbalik kepada saluran paip tadi, Pablo bersusah payah membinanya dalam masa setahun sahaja. Selepas itu dia hanya duduk goyang kaki sahaja mengaut hasilnya. Berbeza dengan Bruno yang 'selesa' kononnya mengangkut air dengan baldi, tiap hari kena punch card, habis kerja baru dapat hasil.... kalau tak kerja takde hasil, tetapi dalam hatinya sentiasa merungut " bila laa aku nak jadi kaya macam dia", " bila laa Tuhan nak bagi aku rezeki supaya aku cepat jadi kaya".

Ingatlah tuan/puan, Tuhan tak bagi rezekinnya secara menonong je campak emas ke dalam rumah kita, Tuhan nak bagi rezeki biasanya dengan cara menyampaikan kepada kita PELUANG, lepas tu luu fikirlah sendiri.

Jadi luu fikirlah sendiri berkali2, nak jadi pengankut air dengan baldi sampai bila2 ke atau nak susah sekejap bina saluran paip pastu goyang kaki duit masuk, tido pun duit masuk, lepak kedai mamak lapan jam sehari pun duit masuk.


Cuba tengok video ni sekejap kisah Pablo dan Bruno







Buku ini telah diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, jika anda ingin memilikinya secara, SILA HUBUNGI KAMI. (njai2006@gmail.com)(T&C Apply). 

Cafe Latte

Cafe Latte


  • Minuman Kopi Segera Pra campuran
  • Campuran kopi Arabika yang beraroma  dengan ekstrak 100% organic Ganoderma Lucidum 
  • Minuman harian yang sempurna untuk kesihatan dan tenaga





    Friday, May 25, 2012

    Network Marketing Company 2012



    ORGANO GOLD

    Sebuah lagi syarikat network marketing yang bakal menggegarkan MALAYSIA pada tahun 2012. Syarikat ini diramalkan bakal mengatasi kehebatan Monavie, Vemma dan sebagainya.